DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay. FOTO Nur Aisyah Mazalan
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bharu: Polis menahan lelaki Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang dipercayai melakukan kurungan salah di Muar, kira-kira jam 9.45 malam, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia membabitkan kesalahan mengurung bekas pekerjanya yang juga warga tempatan berusia 21 tahun.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

"Individu ini mempunyai rekod jenayah lampau seperti pemerasan, culik dan rogol.

"Dia kini direman selama empat hari bermula 13 hingga 16 Julai ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Long Tiger pernah mencetuskan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 4:39 PM