Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Polis menahan 70 bookie tempatan dipercayai menjalankan kegiatan judi pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2020 menerusi Op Soga VIII sejak 12 Jun hingga Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 65 tahun, dengan rampasan jumlah had kredit pertaruhan sebanyak RM44.28 juta manakala wang tunai pertaruhan berjumlah RM42,535.

Katanya, mereka ditahan daripada pelbagai sindiket perjudian berlainan membabitkan 54 serbuan di premis dan kediaman yang majoritinya di sekitar Johor Bahru.

"Kejayaan operasi ini sebahagian besarnya adalah hasil risikan dijalankan polis dan sebahagiannya aduan serta maklumat orang ramai.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

AYOB Khan menunjukkan barang rampasan berkaitan penahanan 70 bookie tempatan. FOTO Nur Aisyah Mazalan
AYOB Khan menunjukkan barang rampasan berkaitan penahanan 70 bookie tempatan. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 2:58 PM