GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang ditamatkan hari ini serta esok.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokali ditamatkan hari ini adalah Tringkap di Cameron Highland, Pahang dan Kilang Sawit Beli (termasuk perumahan kilang) di Kinabatangan, Sabah yang dikenakan PKPD bermula 28 Jun lalu.

Beliau berkata, PKPD dua lokaliti di Petaling, Selangor ditamatkan esok, lebih awal daripada tarikh dijadualkan membabitkan Pangsapuri Westlite PKNS dan Apartment Mentari Court, PJS 8 di Bandar Sunway, Petaling Jaya yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lalu.

"Tiga lokaliti di Mukah, Sarawak iaitu Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1 di Sarawak Plantation Agriculture Sdn Bhd (SPAD), Kuarters Pekerja Balingian Power Generation di Jalan Sibu dan Rumah Panjang Malang Anak Bada di Sungai Bayan pula juga tamat esok, lebih awal daripada yang sepatutnya.

"Dua lagi lokaliti di Sabah yang ditamatkan PKPD esok adalah Kampung Penimbawan di Tuaran dan Kampung Linau di Kota Belud, Sabah," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 7:28 PM