Awang Hashim pada sidang media ketika Operasi Pematuhan Akta 446 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Prosedur Operasi Standart (SOP) 342 di sekitar kawasan Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO FAIZ ANUAR
Awang Hashim pada sidang media ketika Operasi Pematuhan Akta 446 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Prosedur Operasi Standart (SOP) 342 di sekitar kawasan Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO FAIZ ANUAR
Norzamira Che Noh


Pelabuhan Klang: Degil dan diberi 'habuan' RM105,000. Itu tindakan tegas dikenakan terhadap sebuah kilang pembuatan produk pembungkusan plastik yang melanggar pelbagai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan berkata, menerusi operasi yang turut disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta beberapa agensi berkaitan, syarikat terletak di Pulau Indah itu, dikenakan dikompaun RM105,000.

"Lapan kompaun berjumlah RM80,000 dikeluarkan polis membabitkan kesalahan majikan gagal menyediakan peralatan menyukat suhu serta tiada kemudahan kod QR MySejahtera.

"Satu lagi kompaun berjumlah RM25,000 dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kesalahan tiada penjarakan fizikal di tempat kerja dan penginapan pekerja," katanya tadi.

Dalam pada itu, JTK Selangor turut membuka empat kertas siasatan terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan Seksyen 24D Akta 446 iaitu tiada Perakuan Penginapan.

Katanya, dua notis dan satu surat arahan mengikut keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Akta 514) turut dikeluarkan mengikut bidang kuasa JKKP," katanya.

Terdahulu, operasi berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 6:15 PM