Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pengalaman luas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membantu gerak kerja memerangi Covid-19.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, dari perspektif lebih luas, pihaknya mengalu-alukan pelantikan itu yang dilihat seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah supaya kerajaan memberikan sepenuh tumpuan untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, Armada juga berikrar untuk menyumbang sepenuh usaha ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara seperti diamanatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya seluruh sektor ekonomi dapat dibuka sepenuhnya dengan selamat dan secepat mungkin.

"Ini penting supaya rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dapat bangkit kembali dan sama-sama membina kembali kemakmuran ekonomi negara.

"Armada di setiap peringkat sentiasa komited untuk memastikan kestabilan politik negara agar kerajaan kekal utuh, berfokus dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam menangani pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin berkuatkuasa serta merta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 9:42 PM