Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kes baharu harian Covid-19 di negara ini kekal melebihi 7,000 kes untuk hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 7,097 kes hari ini dengan 91 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkatkan kepada 799,790 kes.

"Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 3,119 kes diikuti Kuala Lumpur (1,005); Negeri Sembilan (788); Melaka (358);Sarawak (289) dan Pahang dengan 258 kes.

"Kedah mencatatkan 198 kes diikuti Perak (187); Pulau Pinang (140); Kelantan (123); Labuan (93); Terengganu (43); Putrajaya (26) dan Perlis dengan dua kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,863 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 719,678 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah sebanyak 948 kes di mana 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 91 kes kematian pada hari ini yang membabitkan 47 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat kes di Johor dan Melaka, tiga kes di Sarawak, dua kes di Perak, satu kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah," katanya.

Menurutnya, Berdasarkan data terkini pada 6 Julai, nilai RT Negara adalah sebanyak 1.08 di mana negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.25).

"Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Pahang (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.12), Kedah (nilai RT 1.11), Melaka (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.04), Pulau Pinang (1.03), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.01)," katanya.

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 5:19 PM