Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Sebanyak 4,601 syarikat di seluruh negara sudah memohon untuk menyertai Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Data yang dikongsi oleh MITI sehingga 3 Julai itu menunjukkan penyertaan lebih 4,000 syarikat berkenaan membabitkan keseluruhan 676,544 pekerja.

Daripada jumlah pekerja yang dinyatakan itu, sehingga 1 Julai lalu sebanyak 26,493 pekerja sudah menerima vaksinasi bagi dos pertama.

Pertambahan permohonan bagi program berkenaan menunjukkan maklum balas yang memberangsangkan.

Ia dibuktikan apabila data sebelum ini menunjukkan hanya 2,082 syarikat yang memohon pada 16 Jun lalu dan jumlahnya dilihat semakin bertambah saban hari.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pelaksanaan PIKAS yang memfokuskan pemberian vaksin kepada pekerja kilang itu dapat membantu kerajaan menurunkan jumlah kes harian Covid-19 dengan lebih pantas.

Menerusi program terbabit, Muhyiddin dipetik berkata, ia akan mengurangkan jangkitan wabak itu dalam kalangan pekerja kilang apabila mereka dilindungi dengan lebih pantas menerusi pemberian vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 4:20 PM