GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti sebanyak 17 kluster baharu yang dilaporkan di tujuh negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster yang dikesan membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, kluster baharu itu dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

"Sembilan kluster tempat kerja iaitu Damai 16 yang merekodkan 13 kes positif Covid-19 setakat ini; Jalan By Pass Batu Anam (26); Keluli Industri Tiga (9); Perdagangan Harmoni Satu (19).

"Jalan Besar Teras Jernang (42); Tapak Bina Persiaran Institusi (39); Kilometer 85 Mukah (92); Jalan Masjid India (13); dan Tingkat Perusahaan 4A (9)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti pula adalah Kluster Kampung Sungai Hilir Perupok yang melaporkan sembilan kes diikuti Kampung Pahi Kuala Krai (21); Kompleks Fasa Dua (19); Sungai Gamong (13); dan Tanjung Pitas (43).

Beliau berkata, terdapat tiga kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Persiaran Mardi, Jalan Orkid dan Persiaran Soga dengan keseluruhan 86 kes positif Covid-19.

Katanya, kesemua kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster di negara meningkat kepada 2,882 kluster dengan 877 kluster aktif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 8:37 PM