GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 8,346,697 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, untuk semalam saja sebanyak 263,012 suntikan dos imunisasi diberikan.

"Jumlah keseluruhan yang sudah menerima dos pertama ialah 5,952,815 orang.

"Daripada jumlah itu, 2,393,882 orang juga terima dos kedua.

"Daftar di MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800888828," katanya menerusi Twitter hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 12:02 PM