Pekerja sektor industri menerima suntikan vaksin menerusi Construction Industry Vaccination Program (CIVac) kepada personel binaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Cheras. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Seramai 2.3 juta rakyat Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat semalam sebanyak 8,083,685 dos vaksin sudah disuntik.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 5,774,667 orang menerima suntikan dos pertama manakala 2,309,018 orang pula menerima dos kedua.

"Terima kasih kepada vaksinator, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertugas di seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

"Kita mesti #MenangBersama melawan pandemik Covid-19 ini," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah memasuki fasa ketiga dengan lebih banyak PPV awam dan industri dibuka.

Malaysia juga akan menerima tambahan suntikan vaksin pada bulan ini bagi mempercepatkan sasaran imuniti kelompok.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 2:18 PM