GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Tiada perhimpunan 'Black Democracy' dikesan dianjurkan di Sarawak, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan anggota di lokasi yang berkemungkinan menjadi tumpuan kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan itu.

"Sehingga jam 2 petang, pemantauan tidak mengesan mana-mana individu atau kumpulan yang datang untuk tujuan itu.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada rakyat Sarawak yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak membabitkan diri dalam isu itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lalu, tular video mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan Black Democracy di beberapa lokasi seluruh negara tengah hari ini.

Video yang berdurasi dua minit 40 saat itu memaparkan individu yang memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun dengan berpakaian warna hitam di beberapa lokasi pada jam 12 tengah hari sebagai bantahan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 3:52 PM