X
Nurshafika Suhaimi

SUDAH bersiaran selama empat episod sejak ditayangkan pada 30 Mei lalu, program Sumbang Suara semakin mendapat tempat di hati penonton.

Pada episod lalu, kita dapat lihat bagaimana peserta Elfrienna yang penuh dengan gaya dan keyakinan tinggi dipilih sebagai pemenang. 

Untuk episod kali ini, juri memberi markah tinggi kepada peserta dari Langkawi yang sememangnya layak menjadi pemenang mingguan.

Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Ennal Langkawi menyanyikan lagu Datuk Awie sendiri bersama lagu dari kumpulan Alleycats. 

Tampil berani dan keyakinan tinggi, Ennal Langkawi mendapat pujian juri termasuk Elly Mazlein sendiri yang sejak awal sudah menjangkakan kemenangan peserta berkenaan.

"Memang confirm menang! Popular dekat Langkawi, setiap show pasti ada Ennal!," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Awie turut memuji peserta ini berjaya menghiburkan orang ramai dan menjadi penyeri majlis. 

Manakala, Hazama sebagai wakil netizen turut bersetuju dengan pendapat diberikan oleh Datuk Awie dan Elly Mazlein. 

Tidak dinafikan peserta berkenaan layak menjadi pemenang minggu kerana usahanya menggabungkan dua lagu menjadi sebuah lagu medley. Kreatif bukan?

Jika anda ingin menonton lebih banyak aksi lucu dan kreatif peserta Sumbang Suara, jangan lupa saksikan program ini setiap hari Ahad jam 10.30 malam di TV3 dan live strim di www.tonton.my.

Video penuh :

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 2:42 PM