FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 22 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sarawak, Kedah dan Terengganu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22 kluster dikenal pasti, 16 daripadanya adalah kluster dari tempat kerja, manakala enam lagi lima kluster membabitkan komuniti.

Menurutnya, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Industri Waja 2 dilaporkan di Kuala Langat dan Klang, Selangor, dengan 29 kes dikesan positif.

"Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Industri Jalan Laksamana Satu yang dilaporkan di Klang, Selangor, dengan 29 kes dikesan positif dalam kluster ini.

"Kluster ketiga dikenal pasti adalah Kluster Industri Dolomite Dua yang dilaporkan di Gombak, Selangor, dengan enam kes dikesan positif.

"Kluster keempat dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Lingkaran Eco Majestic yang dilaporkan di Hulu Langat, Selangor, dengan 24 kes dikesan positif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa 2 yang dilaporkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, dengan 23 kes dikesan positif.

"Kluster keenam yang dikesan adalah Kluster Tapak Bina Jalan Kiara Tujuh yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur, dengan 11 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Jalan Kasipillay yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur, dengan 18 kes dikesan positif.

"Kluster kelapan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Tanjung Puteri Satu yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor, dengan enam kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster kesembilan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Kebun Bakri yang dilaporkan di Muar, Johor, dengan sembilan kes dikesan positif dalam kluster berkenaan.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Industri Persiaran Bunga Tanjung Satu yang dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan, dengan 16 kes dikesan positif.

"Kluster ke-11 dikenal pasti adalah Kluster Industri Bunga Tanjung Dua yang dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan, dengan 26 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Industri Teknologi Cheng 22 yang dilaporkan di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka, dengan 36 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-13 yang dikenal pasti adalah Kluster Business City yang dilaporkan di Melaka Tengah, Melaka, dengan 23 kes dikesan positif.

"Kluster ke-14 dikenal pasti adalah Kluster Jalan Semariang yang dilaporkan di Kuching, Sarawak, dengan 36 kes dikesan positif.

"Kluster ke-15 dikenal pasti adalah Kluster Dah Sembilan Industri Sungai Petani yang dilaporkan di Kuala Muda, Kedah, dengan 18 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Bandar Baru Lubok Jong yang dilaporkan di Pasir Mas, Kelantan, dengan tujuh kes dikesan positif," katanya.

Katanya, kluster ke-17 dikenal pasti adalah Kluster Simpang Koko yang dilaporkan di Sarikei, Sarawak, dengan 59 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Luteng yang dilaporkan di Telang Usan, Sarawak, dengan 44 kes dikesan positif.

"Kluster ke-19 dikenal pasti adalah Kluster Kubang Jela yang dilaporkan di Kuala Terengganu, Terengganu, dengan 19 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Kampung Telosan yang dilaporkan di Pasir Puteh, Kelantan, dengan 10 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster ke-21 dikenal pasti adalah Kluster Jalan Gunung Lapan yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor, dengan sembilan kes dikesan positif.

"Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Dah Sawi yang dilaporkan di Kulim, Kedah, dengan 27 kes dikesan positif," katanya.

Katanya, sebanyak 2,794 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,914 kluster dilaporkan tamat serta 880 kluster masih aktif, setakat hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 8:24 PM