IRMOHIZAM Ibrahim.
IRMOHIZAM Ibrahim.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai Profesor Pelawat di Pusat Pelajar Malaysia, Kolej Hubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao, Fujian, China.

WTCKL dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Irmohizam sebagai profesor pelawat di universiti berkenaan untuk tempoh selama lima tahun mulai 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Irmohizam merakamkan ucapan terima kasih serta berbesar hati dalam menjalankan mandat yang diamanahkan.

"Peluang ini sangat baik kerana saya lihat terdapat pelbagai peluang kolaborasi antara universiti tempatan di Malaysia dan di Universiti Huaqiao,

"Kolej berprestij ini sememangnya akan memanfaatkan perkongsian budaya dan kecemerlangan akademik untuk para pelajar," katanya.

Beliau berharap, peluang yang diberikan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta berbakti di universiti berprestij berkenaan.

Beliau juga adalah Pengerusi Persidangan & Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centers Association (WTCA)

Dalam pada itu, penubuhan Kolej Hubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao adalah bagi mempromosikan pertukaran dan kerjasama akademik domestik dan antarabangsa antara negara-negara jiran.

Ia adalah institusi penyelidikan akademik yang komprehensif melalui pendedahan pelajarnya dalam pengajian diplomasi serta perhubungan antarabangsa.

Persatuan Alumni Umum Universiti Huaqiao kini mempunyai 62 cawangan di seluruh dunia termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 1:41 PM