Zatul Iffah Zolkiply

Chukai: Tidak mempunyai lesen dan tidak memakai topi keledar antara kesalahan trafik yang paling banyak dikesan dalam operasi khas di Kampung Binjai di sini, semalam.

Ia terbukti apabila sebanyak dikeluarkan 101 saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu, manakala 55 saman atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi yang bermula pada 4 petang hingga 7.30 malam itu dilakukan secara mengejut atau 'snap check' membabitkan 55 pegawai dan anggota.

Polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di Kampung Binjai. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di Kampung Binjai. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Menurutnya, operasi itu memfokuskan laluan rutin harian penduduk di bandar Kemaman bagi memantau pematuhan undang-undang dalam kalangan masyarakat.

"Dalam operasi itu, seramai 295 individu dan 280 kenderaan diperiksa sebelum 243 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun kerana memiliki dadah.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang tidak bekerja itu positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 1:10 PM