GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pelaksanaan ibadah korban dan akikah dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP) di negeri itu.

Pengarah Jabatan Agama Islama Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin menerusi satu pekeliling hari ini berkata, baginda menzahirkan titah perkenan pelaksanaan mengikut tatacara dan panduan pelaksanaan ibadah yang disembah maklum.

"Tidak dibenarkan melakukan penyembelihan korban dan akikah di mana-mana tempat kecuali Rumah Sembelih Negeri Perak (Abatoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Selain itu juga dibenarkan dilaksanakan di pekarangan masjid atau surau dan premis yang dibenarkan oleh JPV," katanya.

Yusop berkata, tidak dibenarkan mana-mana agensi atau individu melaksanakan ibadah korban dan akikah melainkan dengan kerjasama pengerusi jawatankuasa kariah atau surau untuk tindakan selanjutnya serta tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan.

"Dalam tempoh PKP bagi setiap satu sesi, jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 20 orang termasuk ahli jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban.

"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan melaksanakan ibadah korban dan akikah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 5:21 PM