PETUGAS kesihatan menyusun sample ujian calitan COVID19. FOTO Ghazali Kori
PETUGAS kesihatan menyusun sample ujian calitan COVID19. FOTO Ghazali Kori
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 21 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Sarawak, Kedah dan Melaka, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 21 kluster dikenal pasti, 13 daripadanya adalah kluster dari tempat kerja, lima kluster membabitkan komuniti dan masing-masing satu kluster berkaitan pendidikan tinggi, pusat tahanan serta kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Jalan Persiaran Enam dilaporkan di Kuala Selangor, Selangor dengan 14 kes dikesan positif.

"Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Industri SS Lapan Sungai Way yang dilaporkan di Petaling, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor, dengan 97 kes dikesan positif dalam kluster ini.

"Kluster ketiga dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Laluan Klang yang dilaporkan di Klang, Selangor, dengan 24 kes dikesan positif.

"Kluster keempat dikenal pasti adalah Kluster Jalan Permata 22 yang dilaporkan di Gombak, Selangor, dengan 14 kes dikesan positif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Industri Kampung Bukit Angkat yang dilaporkan di Hulu Langat, Selangor, dengan 28 kes dikesan positif.

"Kluster keenam yang dikesan adalah Kluster Jalan Kebun Baru yang dilaporkan di Kuala Langat, Selangor, dengan 10 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Taman Pusat Kepong yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur, dengan 22 kes dikesan positif.

"Kluster kelapan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Kepong Usaha yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur, dengan 29 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster kesembilan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Tasik Selatan yang dilaporkan di Cheras, Kuala Lumpur, dengan 15 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Sri Hartamas yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur, dengan 21 kes dikesan positif.

"Kluster ke-11 dikenal pasti adalah Kluster Industri Jalan Teknologi Lima Nilai yang dilaporkan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan 30 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Industri Jalan Senawang Empat yang dilaporkan di Seremban, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan, dengan 13 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-13 dikenal pasti adalah Kluster Jalan Maju Lima yang dilaporkan di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor, dengan 35 kes dikesan positif.

"Kluster ke-14 dikenal pasti adalah Kluster Kampung Bukit Tanah yang dilaporkan di Pasir Puteh, Kelantan, dengan 11 kes dikesan positif.

"Kluster ke-15 dikenal pasti adalah Kluster Kampung Kubang Hakim yang dilaporkan di Pasir Mas, Kelantan, dengan 10 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Kampung Pulau Tukang Dollah yang dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, dengan 41 kes dikesan positif," katanya.

Katanya, kluster ke-17 dikenal pasti adalah Kluster Lunyim yang dilaporkan di Telang Usan, Sarawak, dengan 21 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Sungai Long Seripa yang dilaporkan di Sebauh, Sarawak, dengan 40 kes dikesan positif.

"Kluster ke-19 dikenal pasti adalah Kluster Dah Perdana Tinggi yang dilaporkan di Kulim, Kedah, dengan 15 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Tembok Ulu Teris yang dilaporkan di Sepang, Selangor, dengan 16 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Jalan Laksamana Cheng Ho yang dilaporkan di Melaka Tengah, Melaka, dengan 26 kes dikesan positif.

Katanya, sebanyak 2,666 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,816 kluster dilaporkan tamat serta 850 kluster masih aktif, setakat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 7:28 PM