GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 22 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Melaka, Sarawak, , Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 14 kluster adalah berkaitan tempat kerja manakala tujuh kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, daripada kluster tempat kerja itu, masing-mangsa empat dilaporkan di Selangor dan Johor manakala dua di Pulau Pinang, masing-masing satu di Sabah, dan Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

"Kluster di Selangor adalah Industri Jalan Bebas Tiga dengan 24 kes positif Covid-19, Industri Jalan Enggang Ampang (8), Industri Jati Kiri (184) dan Industri Batu Besar (130).

"Di Johor pula adalah Tapak Bina Gunung Satu (15), Perindustrian Sri Plentong (14), Jalan Pekeliling Industri (26) dan Jalan Bioteknologi Dua (9)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, di Pulau Pinang adalah kluster Industri Bukit Tengah (24) dan Lebuh Kurau Tiga (12) manakala di Negeri Sembilan kluster Jalan Jelai - Rompin (42) di Sabah kluster Samedra (25), Melaka kluster Jalan Merbok Ayer Keroh (21), dan Sarawak kluster Jalan Baru Tatau - Bintulu (22).

Memperincikan tujuh kluster dalam komuniti, Dr Noor Hisham berkata, masing-masing tiga kluster dilaporkan di Sarawak dan Kelantan dan satu di Sabah.

"Di Sarawak kluster itu adalah Kampung Muara Tebas (19), Kervok (58) dan Quadruplex Lapan Enam (20) manakala di Kelantan pula adalah Kampung Tiong (13), Jalan Jeram Pasu (29) dan Taman Rantau Mas (10) sementara di Sabah pula adalah Serudung Baru (19).

"Kluster kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan di Kelantan iaitu kluster Jalan Tok Jangggut (16)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 8:42 PM