Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo (tiga, kiri) meninjau keadaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga yang menerima suntikan vaksin ketika Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@ Wilayah di Dewan Serbaguna Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi hari ini. FOTO BERNAMA
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo (tiga, kiri) meninjau keadaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga yang menerima suntikan vaksin ketika Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@ Wilayah di Dewan Serbaguna Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi hari ini. FOTO BERNAMA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 80 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Kuala Lumpur termasuk ahli keluarga mereka sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, berdasarkan rekod terdapat 9,200 pegawai dan anggota yang bertugas di kontinjen Kuala Lumpur.

"Daripada jumlah itu, sehingga kini kita dapati 80 peratus dari mereka termasuk ahli keluarga sudah menerima suntikan vaksin. Ini adalah usaha bersama untuk mencapai imuniti kelompok di ibu negara.

"Mereka yang belum menerima vaksin adalah individu yang mengalami masalah kesihatan dan masih menunggu giliran," katanya ketika ditemui pada Program Mobile Vaksin, Trak Bergerak MyMedic di Perumahan PDRM Desa Tasik, hari ini.

Menurutnya, program berkenaan adalah inisiatif polis kontinjen Kuala Lumpur bersama Kementerian Wilayah Persekutuan bertujuan memastikan semua warga polis dan ahli keluarga mendapat suntikan vaksin.

"Program ini membabitkan seramai 6,000 warga PDRM dan ahli keluarga yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Penerima vaksin ini terdiri daripda warga polis yang bertugas di pelbagai jabatan dan daerah kontinjen Kuala Lumpur serta ahli keluarga yang tinggal di perumahan PDRM," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 2:55 PM