BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Dr Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Petugas perubatan memberikan suntikan vaksin AstraZaneca kepada orang ramai yang hadir  ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Seksyen 15 Shah Alam. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Petugas perubatan memberikan suntikan vaksin AstraZaneca kepada orang ramai yang hadir ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Seksyen 15 Shah Alam. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 1:14 PM