Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 19 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Melaka, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 11 kluster adalah berkaitan tempat kerja manakala lima kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu pusat tahanan.

Menurutnya, daripada kluster tempat kerja itu, lima dilaporkan di Selangor, dua di Pahang, masing-masing satu di Pulau Pinang, Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan.

"Kluster di Selangor adalah Industri Lebuh Satu membabitkan 18 kes positif, Industri Solok Waja Satu (22), Industri Meranti Dua (39), Tapak Bina Perindustrian Olak Lempit (36) dan Tapak Bina Persiaran Hamidiah (244).

"Selain itu, dua kluster di Pahang adalah Indera Mahkota 16 (9) dan Lorong Empat Jerantut (9) manakala di Pulau Pinang adalah Tapak Bina Jalan Seri Tanjung Pinang (25), katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham, Kluster Jalan Bundusan di Sabah pula merekodkan sembilan kes positif, di Kelantan Kampung Kubang Panjang (36) dan di Negeri Sembilan Industri Lukut Tiga (35).

Memperincikan lima kluster dalam komuniti, Dr Noor Hisham berkata, dua kluster dilaporkan di Kelantan dan masing-masing satu di Sarawak, Sabah dan Terengganu.

"Di Kelantan kluster Kampung Tok Kamis merekodkan 19 kes positif, Kampung Pulau Panjang (14) manakala di Sarawak pula kluster Lorong Perlis Empat (33)," katanya.

Beliau berkata, di Terengganu pula kluster Beladau Selat merekodkan 24 kes positf dan di Sabah kluster Kampung Nelayan Tengah (25).

"Kluster kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan di Negeri Sembilan iaitu kluster Jalan Kemboja Tujuh merekodkan 27 kes positif dan di Sarawak pula kluster Iris Garden dengan 23 kes positif.

"Kluster pusat tahanan yang dilaporkan di Melaka iaitu kluster Tembok Sungai Udang 2 merekodkan 81 kes positif," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 8:16 PM