GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 24 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang, Labuan, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 12 kluster adalah berkaitan tempat kerja manakala tujuh kluster komuniti dan empat kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, daripada kluster tempat kerja itu, lima dilaporkan di Selangor, tiga di Johor, masing-masing satu di Melaka, Kuala Lumpur, Kedah dan Pahang.

"Kluster di Selangor adalah Tapak Bina Perdagangan Dana (324), Jalan Tujuh Selatan Dua (50), Industri Jalan Dua (22), Industri Alam Jaya 2/1 (13) dan Jalan Vita Dua (11).

"Selain itu, di Johor adalah kluster Tanjung Bin Dua (46), Jalan Kenyalang (28) dan Jalan Kempas Lima (16) manakala di Melaka adalah Industri Jalan P1 Ayer Keroh (32)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, di Kedah pula adalah kluster Dah Industri Jabi (26), Kuala Lumpur adalah Tapak Bina Jalan Perumahan Gurney (16) dan Pahang adalah Selindang (9).

Menurutnya, kluster komuniti pula dilaporkan tiga di Kelantan di iaitu Taman Merbau Utama (41), Kampung Bedal (35) dan Taman Damai (6).

"Tiga lagi kluster dalam komuniti dilaporkan di Sarawak iaitu Mongkos 2 (22), Sungai Banun (20) dan Tebakang Dayak (18) manakala di Johor adalah Jalan Tengah (22).

"Kluster pusat tahanan pula masing satu di Tembok Mantin, Negeri Sembilan (101), Tembok Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan (48), Tembok Kluang, Johor (28) dan Tembok Machang, Kelantan (21), katanya.

Beliau berkata, kluster kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan di Kedah dikenali kluster Dah Tiong (29).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 7:54 PM