Mustapa (kiri) diiringi Dr Zaini memantau Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Perkarangan Dewan Tok Pa di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, Bukit Nangka. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Mustapa (kiri) diiringi Dr Zaini memantau Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Perkarangan Dewan Tok Pa di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, Bukit Nangka. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Hazira Ahmad Zaidi


Jeli: Kelantan bercadang untuk mengutamakan pemberian vaksin CanSino kepada golongan tertentu selain penduduk kawasan pedalaman termasuk Orang Asli.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, golongan tertentu yang dipertimbangkan ialah banduan, individu dalam tahanan imigresen dan juga pesakit terlantar.

"Penggunaan vaksin CanSino secara tidak langsung dapat memudahkan urusan pihak berkuasa memandangkan ia hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, Bukit Nangka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan membekalkan vaksin CanSino kepada Kelantan untuk kegunaan penduduk di kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka di setiap daerah untuk mempercepatkan suntikan vaksin kepada orang ramai.

"Bagi memastikan semua penduduk di Kelantan menerima suntikan vaksin, selain PPV awam, kita juga membuka PPV di klinik swasta, hospital swasta, serta mengadakan vaksinasi dari rumah ke rumah dan Program Outreach

"Kita juga optimis bagi memastikan 80 peratus penduduk di Kelantan menerima suntikan vaksin untuk mecapai imuniti kelompok menjelang Oktober ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 5:25 PM