Laporan sebelum ini.
Laporan sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Dua belas lelaki yang dikompaun kerana berkumpul di sebuah premis perniagaan di Taman Nirwana, di sini untuk solat Jumaat berjemaah, dipercayai berada di premis itu kerana bekerja.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, daripada itu, lima lelaki adalah pekerja tempatan dan enam lagi warga asing yang semuanya berkhidmat dengan syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo milik seorang usahawan tempatan berusia 60 tahun.

Beliau juga mengesahkan usahawan itu yang turut berada di premis ketika serbuan pada 1.30 tengah hari Jumaat, bergelar Datuk Seri dan merupakan bapa mentua kepada selebriti tempatan.

"Ketika serbuan didapati mereka berkumpul dengan tiada penjarakan fizikal dan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan (ketika Perintah Kawalan Pergerakan).

"Untuk itu, kompaun dikenakan dan ia baru sahaja dikeluarkan (pada Jumaat), jadi mereka belum membayarnya lagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Mohammed Farouk berkata, usahawan berkenaan dikompaun RM11,500 dan pekerja masing-masing dikompaun RM1,500 setiap orang.

Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Berita berkaitan

12 individu berkumpul untuk solat Jumaat ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 12:48 AM