RINA ketika melawat Klinik Nur Sejahtera di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. FOTO Bernama.
RINA ketika melawat Klinik Nur Sejahtera di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. FOTO Bernama.
BERNAMA

Putrajaya: Klinik Nur Sejahtera di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi golongan khusus, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, penggunaan Klinik Nur Sejahtera sebagai PPV akan dijalankan secara berfasa dengan fasa pertama dilaksanakan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, kementeriannya komited mempergiatkan promosi pendaftaran vaksin serta meneruskan penyampaian maklumat yang tepat mengenai suntikan vaksin melalui platform media sosial kepada masyarakat khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

Dianggarkan 60 peratus warga emas telah mendaftar untuk menerima vaksin selain pemberian vaksin kepada OKU sedang giat dijalankan, katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 7:33 PM