GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti hari ini, menjadikan keseluruhan kluster berkaitan Covid-19 di negara ini sebanyak 2,532 kluster dan 788 daripadanya adalah kluster aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 kluster berkaitan tempat kerja manakala lima kluster komuniti dan empat kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, kluster tempat kerja adalah Kluster Tapak Bina Jalan Gamuda Satu di Selangor yang sudah merekodkan 20 kes positif Covid-19.

"Selain itu, Kluster Industri Serendah Indah, Selangor pula merekodkan 56 kes; Kluster Industri Jalan SS13, Selangor (148 kes) dan masing-masing 33 kes bagi Kluster Industri Cheras Jalan Tiga, (Selangor) serta Kluster Jalan Tanjung Kidurong Tiga (Sarawak).

"Kluster Jalan Wawasan Empat di Johor yang merekodkan 10 kes, Jalan Song Ban Kheng (Pulau Pinang, 6); Jalan Tun Fatimah (Melaka, 31); Solok Perusahaan Satu (Pulau Pinang dan Kedah, 7) serta Jalan Intan (Perak, 20)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti membabitkan Kluster Gran Stumbin di Sarawak yang merekodkan 82 kes, manakala Jalan Bintulu-Tatau (Sarawak, 24); Kionsom Kecil (Sabah, 40); Lorong Tembun (Negeri Sembilan, 22); dan Sri Purnama (Kelantan, 17).

Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, beliau berkata, Kluster Jalan Dayang yang dilaporkan di Selangor merekodkan lapan kes selain Jalan Hujan Bubuk di Kuala Lumpur pula merekodkan 12 kes dan Jalan Mentahak di Johor merekodkan enam kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 7:57 PM