Pesan makanan, minuman, pakaian dan servis daripada peniaga tempatan kegemaran anda hari ini. - FOTO Maybank
Pesan makanan, minuman, pakaian dan servis daripada peniaga tempatan kegemaran anda hari ini. - FOTO Maybank
Muhamad Shaifullah Tayep

PENUTUPAN sektor sosial dan ekonomi atau sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun lalu memberi kesan kepada peniaga.

Rata-rata daripada mereka terpaksa menghentikan seketika perniagaan bagi membantu usaha kerajaan mengurangkan jumlah kes jangkitan Covid-19 harian.

Ada juga peniaga terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu menanggung kos sewa premis dan kerugian kerana tidak dapat menjalankan perniagaan.

Bagi mereka yang celik IT, tempoh sekatan pergerakan penuh ini boleh dimanfaatkan dengan memulakan perniagaan dalam talian bagi menjamin kelangsungan perniagaan.

Image

Tiada caj, komisen atau yuran

Justeru, platform Sama-Sama Lokal yang diperkenalkan Maybank pada April 2020 amat bertepatan dengan usaha untuk membantu peniaga kecil tempatan yang berdepan kesukaran beroperasi dari kedai fizikal akibat pandemik Covid-19.

Peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman, kelengkapan rumah, pakaian serta penyedia servis disenaraikan bagi memberi peluang mereka meluaskan perniagaan secara dalam talian.

Tidak seperti platform lain, Sama-Sama Lokal tidak mengambil komisyen, mengenakan yuran atau caj supaya peniaga memperoleh 100 peratus pendapatan.

Sama-Sama Lokal turut menyediakan rakan penghantar dan subsidi untuk peniaga supaya mereka dapat menghantar produk kepada pelanggan yang berada di luar kawasan.

Turun padang

Maybank melalui beberapa cawangan seluruh negara turut turun padang menemui peniaga yang terjejas seperti kedai runcit, warung dan penjual dari rumah sempena kempen Sama-Sama Lokal, baru-baru ini.

Kakitangan Maybank digerakkan untuk mendekati peniaga dan memberi tunjuk ajar cara menggunakan platform Sama-Sama Lokal menerusi aplikasi Maybank2u MY seperti memuat naik gambar produk, menu dan sebagainya supaya mereka dapat meneruskan perniagaan ketika tempoh pandemik.

Image

Sama-Sama Lokal turut mengadakan kempen Sama-Sama Jaga Lokal yang menawarkan potongan RM8 untuk pesanan dan RM10 untuk penghantaran.

Bermula 5 hingga 30 Jun, pesan makanan, minuman, pakaian mahupun keperluan di Sama-Sama Lokal daripada peniaga tempatan dengan kod JAGALOKAL untuk menikmati promosi ini.

Sokong peniaga tempatan kegemaran anda dengan membuat pesanan di platform Sama-Sama Lokal melalui aplikasi Maybank2u MY hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 1:36 PM