FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Jabatan Laut Malaysia (JLM) membenarkan Terminal Feri Kuala Kedah kembali beroperasi bermula esok, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar ditamatkan tengah malam ini.

Jurucakap JLM berkata, keputusan itu dibuat selaras kenyataan Kementerian Pengangkutan pada 31 Mei lalu, iaitu semua pengendali pengangkutan awam laut termasuk operator feri penumpang dibenarkan beroperasi.

"Jumlah kapasiti penumpang 50 peratus juga dibenarkan bagi setiap perjalanan feri untuk mengelak kesesakan di terminal feri berkenaan.

"Operator feri hendaklah memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan PKPD dilaksanakan di 28 mukim di Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun, sebelum ia disambung dan ditamatkan tengah malam ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 8:27 AM