GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 17 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Johor, Sarawak, Perak, Kuala Lumpur, Kelantan dan Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 12 kluster membabitkan tempat kerja, empat kluster berkaitan komuniti serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Industri Sungai Pinang Lapan yang dilaporkan di Petaling dan Klang, Selangor, dengan 75 kes dikesan positif.

"Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Industri Persiaran Ushawan Tiga yang dilaporkan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, Selangor, dengan 57 kes dikesan positif dalam kluster ini.

"Kluster Industri Subang Tujuh yang dilaporkan di Petaling, Selangor pula merekodkan 37 kes positif.

"Manakala, Kluster Industri Jalan Makmur dilaporkan di Kuala Selangor, Selangor, dengan 26 kes positif direkodkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Industri Jalan Tengah Empat yang dilaporkan di Gombak, Selangor, dengan 11 kes dikesan positif.

"Kluster keenam yang dikesan adalah Kluster Perindustrian Baki Lima yang dilaporkan di Muar, Johor, dengan 70 kes positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Aik Hwa Choon yang dilaporkan di Muar, Johor, dengan 30 kes positif.

"Kluster kelapan dikenal pasti adalah Kluster Walit Agas yang dilaporkan di Muar dan Tangkak, Johor, dengan 25 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster kesembilan dikenal pasti pihaknya adalah Kluster Jalan Minyak Beku yang dilaporkan di Batu Pahat, Johor, dengan 15 kes positif dalam kluster berkenaan.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Batu Empat Tunjong yang dilaporkan di Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh, Kelantan, dengan 29 kes dikesan positif.

"Kluster ke-11 dikenal pasti adalah Kluster Industri 5084 Pengkalan Chepa yang dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, dengan 12 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Pertahanan yang dilaporkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, dengan 115 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-13 yang dikenal pasti adalah Kluster Sungai Sentebu yang dilaporkan di Sarikei, Sarawak, dengan 48 kes dikesan positif.

"Kluster ke-14 dikenal pasti adalah Kluster Ulu Sangan yang dilaporkan di Tatau, Sarawak, dengan 12 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Kampung Berangan Apam yang dilaporkan di Pasir Mas, Kelantan, dengan lapan kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster ke-16 dikenal pasti adalah Kluster Kampung Senggang yang dilaporkan di Kuala Kangsar, Perak, dengan 18 kes dikesan positif.

"Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Jalan Bukit Delima yang dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan, dengan 28 kes dikesan positif," katanya.

Katanya, sebanyak 2,494 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,720 kluster dilaporkan tamat serta 774 kluster masih aktif, setakat hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 8:17 PM