ANTARA wanita yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA wanita yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket pelacuran menggunakan sebuah hotel di Setapak Indah, di sini, bagi menawarkan perkhidmatan seks terbongkar selepas polis menyerbu premis itu dan menahan 11 individu termasuk sembilan wanita warga asing, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya turut menahan lapan lelaki termasuk seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan dalam serbuan menerusi Op Noda pada 9 malam itu.

"Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki dan wanita tempatan, masing-masing berusia 34 dan 45 tahun yang berkerja penjaga kaunter, serta sembilan wanita warga asing itu disyaki pelacur.

"Kita turut merampas 21 kondom, tiga tuala, dua botol minyak pelincir dan wang tunai RM400," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nasri berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita turut mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 10:03 AM