GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Ekspo Maya Selangkah ke UiTM (ESKU 2021) secara maya melalui saluran YouTube UiTM.

Ekspo Selangkah ke UiTM yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) yang menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan, ESKU 2021 adalah program universiti yang sudah dianjurkan selama 14 tahun bermula 2008.

Katanya, ESKU 2021 disertai semua fakulti yang akan menjawab sebarang persoalan berkaitan program akademik yang ditawarkan secara dalam talian sepanjang dua hari program berlangsung.

"UiTM menawarkan lebih daripada 498 program akademik di kampus UiTM seluruh negara.

"ESKU 2021 ini juga adalah platform untuk mempromosikan kemasukan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Matrikulasi ke peringkat pengajian tinggi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperoleh," katanya hari ini.

Menurutnya, taklimat daripada setiap fakulti boleh dicapai di saluran YouTube UiTM untuk bakal mahasiswa mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan fakulti dan program yang ditawarkan.

Katanya, bakal mahasiswa juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan ke UiTM, khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan Pelajar.

Semakan syarat kemasukan juga boleh dicapai dengan melayari web pengambilan.uitm.edu.my/e- syarat atau sistem selangkah.uitm.edu.my atau semaksyarat.web.ap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 1:15 PM