LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kajang: Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas produk kosmetik disambung reman sehingga 15 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, reman pertama pemilik IG berkenaan tamat pada hari ini.

"(Pemilik IG) disambung reman sehingga 15 Jun," katanya ringkas menerusi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu, polis menahan pemilik akaun berkenaan bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Penahanan individu berkenaan dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung perbuatannya menerusi siaran langsung di aplikasi berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 12:48 PM