TEMPAT pertama, Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur.
TEMPAT pertama, Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur.
Oleh Suliati Asri


Kuala Lumpur: Acara unik anjuran syarikat automotif Toyota di Malaysia menerusi Program Toyota Eco Youth (TEY) Edisi ke-20 tiba di kemuncaknya apabila lima pasukan teratas daripada keseluruhan 16 pasukan yang menyertainya diumumkan menerusi acara dalam talian, baru-baru ini.

Lima pasukan itu ialah Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (WE-SEA-IT Smart Tool) di tempat pertama, SMAP Labu, Negeri Sembilan (UCOnverter Smart Tool) kedua, SMK Kubang Kerian, Kelantan (Recybin App) ketiga, SMK Chung Hua, Sarawak (Recyclo Smart Tools) di tempat keempat dan SMJK Katholik, Selangor (MOSS-AFV Smart Tools) di tempat kelima.

SMK Saujana Utama, Selangor pula memenangi Penglibatan Komuniti Terbaik dan Guru, Noor Liyana Shamsudin dari Maktab Tentera Diraja dianugerahkan sebagai Guru Sokongan Terbaik.

Selain itu, tiga pelajar dipilih sebagai Ejen M Terbaik dan mereka ialah Hani Nabila dari SMAP Labu, Negeri Sembilan, Lim Bo Jing dari SMJK Katholik, Selangor dan Muhammad Uwais Darwis dari SMK Majakir, Sabah.

DUA anggota JPJ mengawal lalu lintas susulan seorang lelaki kemalangan. FOTO Ihsan JPJ
DUA anggota JPJ mengawal lalu lintas susulan seorang lelaki kemalangan. FOTO Ihsan JPJ

Menariknya, untuk tahun 2021, jumlah hadiah wang tunai digandakan menjadi RM64,000 untuk lebih menghargai kepintaran dalam kalangan belia.

Pasukan yang menang menerima RM20,000 tunai, diikuti RM15,000 bagi tempat kedua, RM10,000 tempat ketiga dan tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM7,000 dan RM5,000.

Hadiah bagi Guru Sokongan Terbaik pula berupa RM3,000 manakala RM1,000 diberikan masing-masing bagi Penglibatan Komuniti Terbaik serta Ejen M Terbaik.

Walaupun pemenang sudah diumumkan namun bagi semua pemenang program TEY masih belum selesai dan sama seperti tahun sebelumnya.

Jangka masa program kini menjadi tiga tahun dan pemenang bagi edisi 2020/2021 akan terus bertindak selaku pemudah cara bagi kumpulan peserta tahun berikutnya.

Mereka akan menyumbang pengalaman terhadap peserta seterusnya. Pada masa sama, pendigitalan TEY kini melangkah setakuk lagi ke hadapan dengan adanya kelab dalam talian TEY Apprentice.

TEMPAT ketiga, SMK Kubang Kerian, Kelantan.
TEMPAT ketiga, SMK Kubang Kerian, Kelantan.

Penolong Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Datuk Adzman memuji usaha UMW Toyota kerana berjaya menganjurkan TEY secara berterusan sejak tahun 2001.

"Saya ingin meluahkan penghargaan yang tidak terhingga kepada UMW Toyota Motor di atas penganjuran program bermakna ini.

"Saban tahun UMW Toyota Motor sentiasa berusaha dalam mendidik belia dan tidak pernah lelah untuk membangkitkan kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam semula jadi dan habitat kita," katanya ketika berucap pada majlis penutup yang diadakan secara langsung melalui platform maya.

Turut hadir, Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor Mohd Shamsor Mohd Zain serta wakil lain dari Kementerian Pendidikan serta UMW Toyota Motor.

TEMPAT keempat, SMK Chung Hua, Sarawak.
TEMPAT keempat, SMK Chung Hua, Sarawak.

Saban tahun, TEY memberikan tema menarik dan mencabar kepada peserta. Tahun ini, program TEY 2020/2021 ini mengetengahkan tema Reimagining Mobility dengan semangat inklusif dan kebebasan idea sebagai asasnya, sekali gus mencadangkan penghasilan mobiliti yang selamat dan mesra alam.

Program TEY 2020/2021 nyata berbeza dengan tahun sebelumnya kerana ia terpaksa dikemas kini format penganjuran serta pembentangannya akibat penularan wabak Covid-19.

Bukan itu saja, pandemik dan had akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa bersama cabaran baharu kepada penganjur.

Sejak edisi ke-20 ini bermula, ada aktiviti yang membabitkan interaksi secara berdepan.

Namun, keperluan untuk memastikan jarak sosial dan melindungi sesama sendiri bermaksud pendekatan ini tidak boleh lagi digunakan.

Justeru, semua aktiviti dipindahkan ke dalam talian melalui sesi pembelajaran elektronik dan bengkel.

TEMPAT kelima, SMJK Katholik, Selangor.
TEMPAT kelima, SMJK Katholik, Selangor.

Di dalam semua sesi terbabit, peserta dilatih dengan kemahiran pengurusan projek yang memanfaatkan 'Problem Solving Methodology'.

Pendekatan baru pembelajaran elektronik ini yang dijalankan selama beberapa bulan terbukti berjaya dan akan diterapkan ke dalam program akan datang.

Mohd Shamsor berkata, Program TEY tahun ini mencerminkan kemampuan generasi baru untuk beradaptasi dengan kemajuan teknologi dan mengambil pendekatan inovatif dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

"Latihan asas iaitu kaedah Penyelesaian Masalah Toyota dijalankan secara maya dan saya bangga untuk menyatakan bahawa semua pelajar sangat terbuka dengan peralihan itu.

"Sepanjang program, dengan panduan daripada guru dan mentor, peserta sempat mempelajari mengenai semangat berpasukan, keyakinan, komunikasi dan kemahiran pembentangan dengan kesemuanya menjurus kepada pengalaman pembelajaran yang lebih holistik," katanya.

Program TEY edisi ke-20 ini turut menampilkan kelainan di mana proposal menyeluruh daripada 16 pasukan yang terbabit dinaikkan ke saluran media sosial untuk capaian umum.

Sebagai tambahan, setiap pasukan juga mempunyai episod podcast yang dimuatkan dalam saluran khas Spotify di dua platform iaitu Agency di Leaderonomics FM dan di TEY Channel.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 6:31 AM