ALLAHYARHAM Abang Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira 8.30 malam ini. FOTO Facebook Zainal Ariff Mahmood
ALLAHYARHAM Abang Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira 8.30 malam ini. FOTO Facebook Zainal Ariff Mahmood
BERNAMA

Kuching: Abang Abdul Rahim Tun Abang Openg, 78, abang kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, meninggal dunia kira-kira 8.30 malam ini.

Menurut ahli keluarga terdekat Allahyarham, Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Jenazahnya akan diuruskan di kediaman Allahyarham di Jalan Patingan di sini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang sebelum solat waktu Zuhur esok.

Allahyarham adalah anak kedua kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee manakala Abang Johari anak yang keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 11:52 PM