KA Siong, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
KA Siong, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Tiga penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini diletakkan di wad pemerhatian pembedahan saraf.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua mereka menunjukkan perkembangan positif.

"Kami lega selepas mereka mendapat perhatian rapi daripada pakar-pakar perubatan sejak dirawat," katanya pada sidang media secara dalam talian Laporan Jawatankuasa Siasatan bagi Insiden Pelanggaran Tren LRT Kelana Jaya pada 24 Mei lalu.

Pada masa sama, Ka Siong ketika menjawab soalan pemberita berkata, pihak yang terbabit dalam insiden itu berhak untuk membuat tuntutan.

Malah katanya, kes itu juga sudah dibawa ke mahkamah.

"Prasarana akan berdepan dengan hal ini kerana mereka mempunyai perlindungan insurans," katanya.

Dalam kejadian pada 24 Mei itu, seramai 47 penumpang cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang bertembung di dalam terowong berdekatan Stesen KLCC.

Tiga daripada penumpang berkenaan mengalami pendarahan otak dan dirawat di HKL.

Pada 31 Mei lalu, keluarga seorang daripada penumpang tren LRT yang dirawat di ICU menuntut pampasan RM1.8 juta daripada pengendali tren berkenaan susulan insiden berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 10:04 PM