HAMZAH, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
HAMZAH, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
Amir Abd Hamid


Sepang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka mengumumkan nama bakal Timbalan Ketua Polis Negara dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sudah pun memberi cadangan nama bagi pelantikan jawatan kedua tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

"Insya-Allah akan kita umumkan tidak lama lagi. Sehari dua lagi, boleh kita umumkan. Insya-Allah.

"Calonnya tak payah sebutlah. Saya nak umumkan nanti," katanya dalam sidang media selepas melakukan walkabout di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara ada proses tertentu.

Katanya, nama-nama yang diberikan mesti melalui beberapa proses, proses itu pertama perlu melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

"Apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Polis sudah bersetuju, kita akan minta hantar nama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apabila Perdana Menteri bersetuju, kita akan persembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian baru kita boleh umumkan," katanya dalam satu sidang media pada 1 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 6:08 PM