JURURAWAT memberi suntikan vaksin kepada sebahagian daripada 100 orang kumpulan pertama secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 Daerah Kinta, di Perkarangan Stadium Indera Mulia. FOTO Sharul Hafiz Zam
JURURAWAT memberi suntikan vaksin kepada sebahagian daripada 100 orang kumpulan pertama secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 Daerah Kinta, di Perkarangan Stadium Indera Mulia. FOTO Sharul Hafiz Zam
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan, 123 petugas media yang berada dalam senarainya akan menerima notifikasi janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya sudah menerima senarai nama berkenaan untuk ditetapkan tarikh janji temu pemberian vaksin.

"Kita sudah pun menerima senarai nama (petugas media), jadi mana-mana nama yang berada dalam senarai itu akan menerima tarikh janji temu pemberian vaksin.

"Dalam hari ini kita akan hantar notifikasi janji temu kepada 123 petugas media berkenaan," katanya pada sidang media selepas lawatan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Dr Ding berkata, tarikh janji temu untuk petugas media lain juga bergantung kepada semua senarai nama yang sudah diterima pihaknya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 2:28 PM