Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif melaksanakan Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, program terbaharu imunisasi itu adalah usaha untuk mempercepatkan warga Wilayah Persekutuan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, program ini memberi fokus kepada penduduk di lokaliti berkepadatan tinggi khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL yang dijangka selesai Oktober ini.

Katanya, dua trak vaksin bergerak MYMedic@Wilayah digunakan dengan setiap trak mempunyai kapasiti 500 dos vaksin.

"Program ini memberi akses lebih pantas dan hari ini seramai 1,000 orang penduduk PPR Kampung Muhibbah menerusi program ini.

ANNUAR (depan dua, kanan) bergambar berlatarbelakang Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah ketika meninjau pelaksanaan Program Vaksinasi melalui Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di PPR Muhibbah. FOTO BERNAMA
ANNUAR (depan dua, kanan) bergambar berlatarbelakang Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah ketika meninjau pelaksanaan Program Vaksinasi melalui Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di PPR Muhibbah. FOTO BERNAMA

"Ia adalah kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Annuar berkata, program vaksinasi yang dijalankan hari ini adalah kepada individu yang sudah didaftarkan dengan memberi keutamaan kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, program ini antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk memastikan 80 peratus warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai divaksinasikan pada penghujung Ogos ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 3:02 PM