SEKATAN JALAN RAYA
SEKATAN JALAN RAYA
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri menyebabkan seorang lelaki dan wanita dikompaun RM5,000 setiap seorang selepas ditahan di tepi Jalan Mewah Bahau, pada 10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 54 dan wanita 50 tahun itu dari Melaka memberi alasan untuk berjumpa dengan adik mereka yang bekerja di Bahau, dekat sini.

Bagaimana, katanya, mereka gagal menunjukkan sebarang surat kebenaran menyebabkan polis mengeluarkan kompaun.

"Kompaun dikeluarkan selepas alasan diberi tidak munasabah apatah lagi mereka mengetahui sekatan pergerakan penuh sedang dilaksanakan ketika ini," katanya.

Sementara itu, Hoo berkata, empat lelaki yang menaiki sebuah kereta turut dikompaun RM5,000 setiap seorang sebaik ditahan di Sekatan Jalan Raya ( SJR ) Taman Sorman pada 10.30 malam yang sama.

Katanya, ketika diperiksa kesemua lelaki berusia 18 hingga 21 tahun itu didapati menaiki kenderaan persendirian melebihi kapasiti dibenarkan, tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 8:58 PM