MAS Imran Adam menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengarah PKRC Pasir Gudang, Dr R Parameswaran semalam.
MAS Imran Adam menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengarah PKRC Pasir Gudang, Dr R Parameswaran semalam.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Demi menampung keperluan petugas barisan hadapan dan pesakit, Pasaraya Econsave Cash And Carry menghulurkan sumbangan kepada dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah.

Pengurus besarnya, Mas Imran Adam berkata, beberapa bentuk sumbangan dihulurkan kepada PKRC Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor semalam dan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor, kelmarin.

Beliau berkata, sumbangan disampaikan di MAEPS termasuk 5,000 botol air mineral, 3,000 botol air isotonik, 1,000 tuala wanita dan 1,000 peket mi cawan.

Menurutnya, pihaknya menghulurkan sumbangan 130 peket makan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di PKRC Pasir Gudang selain 2,400 botol air mineral serta 2,000 peket biskut.

Katanya, pihaknya berharap sumbangan berkenaan sedikit-sebanyak mampu menampung keperluan harian petugas dan pesakit di PKRC berkenaan.

"Nilai keseluruhan sumbangan adalah RM18,000.

"Kami berharap petugas barisan hadapan diberi kekuatan bagi melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin serta pesakit di PKRC diberi kesembuhan.

"Pasaraya Econsave turut bercadang bagi menghulurkan sumbangan bekalan makanan di beberapa perumahan sasaran di seluruh negara pada tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP)," katanya ketika menghulurkan sumbangan kepada Timbalan Pengarah PKRC, Dr R Parameswaran di Pasir Gudang di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 6:59 PM