Inisiatif ‘GrabFood Small Business Programme’ bertujuan membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran. - FOTO Grab
Inisiatif ‘GrabFood Small Business Programme’ bertujuan membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran. - FOTO Grab
Nur Amirah Abd Rani

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu menyebabkan sektor ekonomi serta banyak perniagaan menerima kesan. 

Usahawan kecil, antara kumpulan yang terjejas apabila perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pengguna cenderung terus menggunakan perkhidmatan digital pada masa hadapan, walaupun dalam dunia pasca pandemik.

Mendidik peniaga kecil

Image

Justeru, Grab Malaysia memperkenalkan 'GrabFood Small Business Programme' untuk  membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran. 

Pengarah Urusan Grab Malaysia Sean Goh berkata, usaha ini tepat pada masanya untuk menjadikan #TechUntukSemua lebih mudah dicapai dengan memperkasakan perniagaan kecil dalam mengakses peluang melalui ekonomi digital.

"Pandemik menjejaskan perniagaan kecil-kecilan dan turut memberi gambaran mengenai keperluan mereka dalam usaha mendepani tempoh yang serba mencabar ini," kata Goh. 

Oleh itu katanya,  program 'GrabFood Small Business Programme' dan  'Grab Online Shop'  antara contoh bagaimana syarikat berkenaan menggunakan platform itu dan menjadikan teknologinya lebih mudah diakses peniaga kecil. 

'GrabFood Small Business Programme' bakal merangkumi tiga bidang utama iaitu penyelesaian dalam talian, kempen pemasaran bagi meningkatkan permintaan dan kewujudan rakan peniaga dalam talian di dalam platform GrabFood, serta peluang pembelajaran dan pembangunan untuk perniagaan kecil.

Pengecualian caj perkhidmatan 6 bulan

Image

Grab Online Shop yang bakal dilancarkan pada Jun ini membolehkan usahawan kecil GrabFood memiliki laman sesawang jenama mereka sendiri dengan URL unik sebagai saluran jualan tambahan.

Dengan bantuan daripada Grab, peniaga boleh membangunkan laman sesawang mereka dengan mudah berdasarkan rekaan kesukaan mereka dan mempromosikannya di dalam saluran media sosial sendiri. 

Kedai dalam talian ini akan diintegrasikan dengan sistem GrabPay dan GrabRewards serta penghantaran disempurnakan oleh rakan penghantaran Grab.

Pengguna boleh menikmati pilihan pembayaran tanpa tunai Grab dengan lancar serta penjimatan GrabRewards dan pesanan dihantar terus kepada mereka dengan mudah.   

Dengan 10 peratus caj perkhidmatan, perniagaan kecil boleh menggunakan Grab Online Shop untuk menerima pesanan pelanggan setia dalam masa sama mengembangkan rangkaian pengguna. 

Rakan peniaga boleh menikmati perkhidmatan ini tanpa sebarang caj sehingga akhir tahun 2021 sebagai promosi pengenalan program. 

Mendorong lebih banyak permintaan untuk perniagaan kecil

Image

Pelaksanaan PKP 3.0 menyebabkan pelanggan tidak dibenarkan makan di premis, Grab akan memulakan 'GrabFood Small Business Week' dengan promosi penghantaran percuma dari 25 Mei hingga 7 Jun 2021 untuk membantu usahawan meningkatkan jumlah pesanan. 

Grab akan mengadakan promosi selama seminggu pada setiap bulan bagi mengetengahkan perniagaan kecil di dalam GrabFood. 

Program 'GrabFood Small Business Week' akan dibiayai sepenuhnya oleh Grab dan disasarkan untuk mengetengahkan perniagaan kecil dan pada masa sama membantu meningkatkan lagi jualan mereka. 

Webinar kemahiran digital.

Grab juga bakal menganjurkan siri webinar untuk melengkapkan peniaga dengan ilmu pengetahuan serta maklumat yang diperlukan bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka di dalam Grab. 

Topik yang bakal dibincangkan termasuklah cara memaksimumkan keberadaan di dalam talian menggunakan perkakasan percuma, cara meningkatkan aliran trafik ke dalam kedai digital serta strategi untuk menambah baik menu dalam talian. 

Grab turut berharap sesi ini akan memberi lebih keyakinan kepada perniagaan memanfaatkan sumber disediakan oleh Grab bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Teknologi dan keupayaan ini mampu memberikan penyelesaian jangka panjang kepada perniagaan kecil bagi membantu peniaga memenuhi keperluan pengguna. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Grab untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai 'Grab Online Shop' atau inisiatif 'GrabFood Small Business Program'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 6:23 PM