Keadaan di Gaza ketika ini. Foto AFP
Keadaan di Gaza ketika ini. Foto AFP
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kebenaran masuk ke Gaza terutamanya untuk memberi bantuan kepada penduduk sangat sukar dan ia bergantung kepada pihak berkuasa Mesir.

Keadaan menjadi lebih teruk selepas era pemerintahan Presiden Mohamed Morsi, di mana pintu sempadan dibuka hanya tiga bulan sekali.

Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman berkata, ketika ini sempadan dibuka untuk pergerakan keluar dan masuk penduduk Palestin, manakala untuk orang luar masih terhad.

"Di Gaza ini bukan seperti Afrika atau tempat lain yang kita boleh pergi dan sampai dengan lebih mudah.

"Ia bukan ditetapkan Palestin itu sendiri, kalau ya, ia akan jadi lebih mudah. Tetapi apabila ia dikawal oleh kuasa dari luar," katanya.

Nadir berkata, cubaan masuk ke Gaza oleh beberapa pihak ketika ini menjejaskan usaha badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

Katanya, oleh kerana itu pendekatan yang diambil di dalam berdakwah perlu mengikut kaedah tertentu seperti dianjurkan agama.

"Tindakan untuk masuk ke Gaza ini menjejaskan NGO lain yang sudah pun susun dan atur dengan pihak lain. Pihak berkuasa Mesir sudah tentu tahu ramai lagi yang akan masuk ke Gaza.

"Jadi jangan fikir untuk diri kita saja kerana orang lain sudah buat kerja lama, ini bukan untuk menyampaikan bantuan kita saja, kita bukanlah yang pertama dan terbanyak pun. Jadi perhatikan tindakan kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 12:35 PM