GEORGETOWN 10 MEI 2021. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat Sekatan Jalan Raya (SJR) di arah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bagi pergerakan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula hari ini hingga 23 Mei. STR/MIKAIL ONG
GEORGETOWN 10 MEI 2021. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat Sekatan Jalan Raya (SJR) di arah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bagi pergerakan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula hari ini hingga 23 Mei. STR/MIKAIL ONG
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan menambah 26 sekatan jalan raya (SJR) ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) di seluruh negara bermula Selasa ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan media semalam berkata, langkah terbabit dilaksanakan bagi tujuan melancarkan pelaksanaan SJR di Sabah dalam tempoh pelaksanaan SPP.

"Bagi memastikan SJR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, maka Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 26 lagi SJR bermula 1 Jun ini.

"Semalam, sebanyak 72 SJR dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, membabitkan pemeriksaan 38,075 buah kenderaan. Daripada jumlah itu, 259 kenderaan diarah berpatah balik.

"Sebanyak 49 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dikeluarkan di seluruh Sabah," katanya.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian Covid-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada semalam adalah sebanyak 190 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,037 kes dengan dua kematian direkodkan membabitkan daerah Lahad Datu.

"Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital seramai 131 menjadikan jumlah kumulatif 59,522 orang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 8:09 AM