GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dibuka di Terengganu susulan pertambahan kes positif.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, PKRC di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus itu dibuka semalam (Sabtu) menjadi pusat kuarantin kelima menempatkan 484 katil.

Menurutnya, setakat ini, terdapat lima PKRC dibuka di negeri ini membabitkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 1, 878 disediakan bagi menempatkan seramai 1, 387 pesakit yang sedang menerima rawatan.

"Sebelum ini, tiga PKRC dibuka di

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuala Terengganu (162 katil), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering (1,128 katil) dan Kem Wawasan Besut dengan 200 katil.

"Pada Selasa lalu, kita buka PKRC keempat di Institut Perguruan Sultan Mizan Besut membabitkan 398 katil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, bilangan katil di semua hospital dan PKRC masih mencukupi walaupun berlaku peningkatan kes.

Katanya, rakyat Terengganu diminta untuk terus kekal patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) kendiri supaya katil sedia ada mencukupi untuk menampung bilangan pesakit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 5:47 PM