SIK (kanan) memperketatkan pemeriksaan ke atas kenderaan rentas negeri di SJR Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. FOTO RAMLI IBRAHIM
SIK (kanan) memperketatkan pemeriksaan ke atas kenderaan rentas negeri di SJR Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. FOTO RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Polis sedang meneliti punca peningkatan kenderaan rentas negeri masuk ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, mulai pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintandan Sik Choon Foo berkata, berlaku peningkatan kenderaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanah Puteh ke negeri ini.

Katanya, ia berlaku selepas 24 jam pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini.

"Peningkatan (berlaku) di SJR Jalan Gua Musang-Kuala Lipis antara 10 hingga 15 peratus bermula jam 7 pagi ini.

"Kita meneliti peningkatan itu selain memperketatkan pemeriksaan ke atas semua kenderaan," katanya ketika ditemui petugas media di sini, hari ini.

Sik berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada antara pengguna jalan raya yang cuba mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga.

"Apapun kita (polis) akan pastikan setiap kenderaan diperiksa dengan ketat di setiap SJR selain mempunyai permit perjalanan yang sah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 1:59 PM