GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 987,012 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 1,725,364 individu pula sudah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,712,376 dos.

Sehingga semalam, 47.70 peratus atau 11,564,724 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,092,149 orang.

Sementara 1,198,259 sudah mendaftar di Sarawak.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter.

Fasa kedua suntikan vaksin yang dilaksanakan kerajaan bermula April lalu hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 6:05 PM