Petugas kesihatan membuat persediaan menyuntik vaksin di Hospital Pakar KPJ Seremban. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Petugas kesihatan membuat persediaan menyuntik vaksin di Hospital Pakar KPJ Seremban. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seramai 935,865 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 1,647,183 individu pula sudah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,583,048 dos.

Sehingga semalam, 45.60 peratus atau 11,069,418 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 2,916,443 orang.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter.

Fasa kedua suntikan vaksin yang dilaksanakan kerajaan bermula April lalu hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Untuk fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari tahun depan pula membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 2:00 PM