Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Mangsa kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi akan menerima bantuan RM1,000.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, syarikat juga akan menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa yang terbabit.

Menurutnya, mangsa yang kehilangan kerja ekoran insiden berkenaan juga akan diberikan bantuan kewangan sewajarnya.

"Syarikat berdukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa yang terbabit.

"Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa," katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa namun Prasarana menyediakan bas pengantara pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di stesen berdekatan.

TAJUDDIN melawat lokasi kemalangan dua tren lrt di stesen KLCC.  FOTO Ihsan Prasarana.
TAJUDDIN melawat lokasi kemalangan dua tren lrt di stesen KLCC. FOTO Ihsan Prasarana.

Katanya, setakat ini enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Seramai 15 lagi penumpang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun dilaporkan stabil.

"Dalam kejadian semalam seramai 64 penumpang cedera dikejarkan ke HKL dan ada di antara mereka yang sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, Prasarana mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren yang terbabit dalam kemalangan semalam.

Katanya, siasatan lanjut juga kini sedang dilakukan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana dan dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu.

"Prasarana memberi jaminan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang dan meningkatkan perkhidmatan pada masa akan hadapan," katanya.

Berita berkaitan

'Nahas LRT: 6 kritikal, 3 daripadanya perlukan bantuan pernafasan'

'Saya lihat ada mangsa muntah darah'

Insiden LRT: 65 penumpang masih dirawat di HKL

Insiden LRT: Laporan awal diserahkan hari ini

LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

Pastikan rawatan menyeluruh untuk mangsa

Insiden LRT: 'Anak menangis beritahu tidak dapat rasa kaki yang cedera'

Insiden LRT: Terowong sempit sukarkan pasukan penyelamat

Insiden LRT: Kemalangan akibat pertembungan 2 tren

Insiden LRT: 'Penumpang terpelanting, jatuh'

Insiden LRT: Segera siasat punca kemalangan - PM

Insiden LRT: 47 parah, 166 cedera ringan

Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 11:13 AM