Yusmizal Dolah Aling; Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Enam individu yang terbabit dalam nahas tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di sini, semalam, masih berada kritikal, dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Mereka adalah antara 64 individu terbabit dalam nahas itu, yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 15 individu dalam keadaan separuh kritikal, manakala 43 lagi tidak kritikal.

"Terima kasih kepada petugas Jabatan Kecemasan HKL yang bertungkus lumus sehingga jam 1.38 pagi," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Dalam kejadian 8.33 malam tadi, seramai 47 penumpang cedera parah apabila dua LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya, bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru di bawa keluar bagi dibawa ke hospital. FOTO ASWADI ALIS
Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru di bawa keluar bagi dibawa ke hospital. FOTO ASWADI ALIS

Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada 218 anggota pelbagai pasukan yang terbabit menyelamat mangsa nahas LRT apabila bertindak pantas dan berjaya menyelamat dan membawa semua mangsa ke hospital dalam tempoh sejam.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan sendiri dan spekulasi berhubung punca insiden itu yang juga nahas pertama pertembungan LRT di negara ini sejak ia mula beroperasi 23 tahun lalu.

"Jangan buat rumusan sendiri mengenai punca kemalangan LRT malam tadi supaya tidak mengganggu penyiasatan yang sedang di lakukan pihak berwajib, khususnya polis dan Prasarana.

"Segala usaha sedang di buat oleh Prasarana untuk memastikan perkhidmatan LRT pulih," katanya.

Berita berkaitan

'Saya lihat ada mangsa muntah darah'

Insiden LRT: 65 penumpang masih dirawat di HKL

Insiden LRT: Laporan awal diserahkan hari ini

LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

Pastikan rawatan menyeluruh untuk mangsa

Insiden LRT: 'Anak menangis beritahu tidak dapat rasa kaki yang cedera'

Insiden LRT: Terowong sempit sukarkan pasukan penyelamat

Insiden LRT: Kemalangan akibat pertembungan 2 tren

Insiden LRT: 'Penumpang terpelanting, jatuh'

Insiden LRT: Segera siasat punca kemalangan - PM

Insiden LRT: 47 parah, 166 cedera ringan

Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 11:06 AM