Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT ) Laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi hari ini, dengan menggunakan satu landasan serta disokong perkhidmatan bas perantara percuma pada waktu puncak.

Dalam satu kenyataan, Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan, ia dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja pembersihan dan pemulihan selesai.

Katanya, dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya, serta pengurangan kapasiti kepada 50 peratus susulan pelaksanaan PKP 3.0, penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa.

Kenyataan itu berkata, kekerapan tren dari Isnin hingga Jumaat dari 6 hingga 7 pagi adalah setiap 30 minit, 7 hingga 9 pagi (10 minit-waktu puncak), 9 hingga 10 pagi (30 minit), 10 pagi hingga 5 petang (60 minit), 5 petang hingga 7 malam (10 minit- waktu puncak) dan setiap 30 minit dari jam 7 malam hingga 11 malam.

PENUMPANG terkandas susulan kejadian dua tren LRT terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC malam tadi. FOTO BERNAMA
PENUMPANG terkandas susulan kejadian dua tren LRT terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC malam tadi. FOTO BERNAMA

Bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum kekerapan tren dari jam 6 pagi hingga 10 pagi adalah setiap 30 minit, 10 pagi hingga 5 petang (60 minit) dan 5 petang hingga 11 malam adalah setiap 30 minit.

Katanya, bagi melancarkan pergerakan penumpang pada waktu puncak, lima bas perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

"Kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara Stesen Pasar Seni sehingga Stesen Ampang Park untuk memantau, membantu untuk memudahkan pergerakan penumpang.

"Prasarana kesal dengan kejadian yang berlaku, dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terbabit dalam insiden semalam serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung insiden itu.

"Pengguna perkhidmatan Rapid KL kini boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi 'PULSE' yang boleh dimuat turun melalui melalui 'Google Play Store' atau 'Apple App Store'," katanya.

Berita berkaitan

Pastikan rawatan menyeluruh untuk mangsa

Insiden LRT: 'Anak menangis beritahu tidak dapat rasa kaki yang cedera'

Insiden LRT: Terowong sempit sukarkan pasukan penyelamat

Insiden LRT: Kemalangan akibat pertembungan 2 tren

Insiden LRT: 'Penumpang terpelanting, jatuh'

Insiden LRT: Segera siasat punca kemalangan - PM

Insiden LRT: 47 parah, 166 cedera ringan

Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 8:00 AM